Kami dah pun mula menjual ice blended pada 11/11/2008.Lokasi pertama kami ditapak pasar malam prima damansara.Kami masuk pasar malam pun tanpa lesen hehehe.Kena marah pulak dek ajk persatuan.Sambutan tidak menghampakan,mungkin penduduk di prima damansara/damansara damai sudah pernah merasai ice blended.
12/11/2008 Kemudian kami cuba pulak menjual ditapak parking berhampiran shell damansara damai.kami pinjam tapak brother jual chicken wing.Hujan pulak.Jual pun sikit jer.
13/11/2008 Esok nya kami bertapak di sebelah brother lori jual apam balik.pun hujan jugak....dapat jual lebih sikit dari semalam.
14/11/2008 Kami bertapak di hadapan mc donald sebab dekat dengan pasar malam jumaat."ter ambil" pulak tapak orang. hujan lebat tak berenti-renti....kami dapat mula menjual pada jam 6ptg.Hujan pulak sambung menyambung.
kami telah kehabisan stok beberapa perisa yang top.jadi kena tunggu stok baru sampai.stok baru mengambil masa 3-4hari untuk kami terima.Jadi,kami kena simpan stok untuk hari selasa(pasar malam).
p/s : Nanti kami order stok banyak2 hehehe
Sunday, November 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment