Sunday, November 16, 2008

Kami sudah buka

Kami dah pun mula menjual ice blended pada 11/11/2008.Lokasi pertama kami ditapak pasar malam prima damansara.Kami masuk pasar malam pun tanpa lesen hehehe.Kena marah pulak dek ajk persatuan.Sambutan tidak menghampakan,mungkin penduduk di prima damansara/damansara damai sudah pernah merasai ice blended.

12/11/2008 Kemudian kami cuba pulak menjual ditapak parking berhampiran shell damansara damai.kami pinjam tapak brother jual chicken wing.Hujan pulak.Jual pun sikit jer.

13/11/2008 Esok nya kami bertapak di sebelah brother lori jual apam balik.pun hujan jugak....dapat jual lebih sikit dari semalam.

14/11/2008 Kami bertapak di hadapan mc donald sebab dekat dengan pasar malam jumaat."ter ambil" pulak tapak orang. hujan lebat tak berenti-renti....kami dapat mula menjual pada jam 6ptg.Hujan pulak sambung menyambung.

kami telah kehabisan stok beberapa perisa yang top.jadi kena tunggu stok baru sampai.stok baru mengambil masa 3-4hari untuk kami terima.Jadi,kami kena simpan stok untuk hari selasa(pasar malam).

p/s : Nanti kami order stok banyak2 hehehe

Thursday, November 6, 2008

Banner/Senarai Harga

Akan datang ke Damansara Damai & Prima Damansara

Assalamualaikum,

Kami akan mula menjual Ice Blended di Damansara Damai dan Prima Damansara.Kami akan membahagikan hari-hari tertentu.Pastikan anda datang untuk merasai sendiri ice blended kami.

Isnin - Damansara Damai (Berhampiran Shell)
Selasa - Prima Damansara (Berhampiran Tapak Pasar Malam)
Rabu - Damansara Damai (Berhampiran Shell)
Khamis - Taman Kayu Ara Indah (Tapak Pasar Malam)
Jumaat - Damansara Damai (Berhampiran Shell/Pasar Malam)
Sabtu - Damansara Damai "pagi-petang" (Berhampiran Shell)
Ahad - Damansara Damai "pagi-petang" (Berhampiran Shell)

Sila hubungi Amir 017-356 9911